Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

22 sekolah menengah akan digabung menjadi 11 sekolah pada 2018

Mar 04, 2016 | 05:31 PM



SEBANYAK 22 buah sekolah menengah yang mempunyai jumlah kohort yang kecil akan digabung menjadi 11 buah sekolah pada 2018, kata Kementerian Pendidikan (MOE) hari ini.

Ini merupakan gabungan terbesar yang telah dilakukan dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Tahun depan, tujuh sekolah yang telah diumumkan MOE tidak akan menerima kohort pelajar menengah satu pada 2016, termasuk Sekolah Menengah Balestier Hill, Henderson, Macpherson, North View, Pioneer, Siglap, dan Si Ling akan bergabung dengan tujuh sekolah lain.

Sekolah-sekolah itu adalah Sekolah Menengah Beatty, Bukit Merah, Broadrick, Northland, Boon Lay, Coral dan Marsiling.

Pada 2018, Sekolah Menengah Bedok North akan diserap ke dalam Sekolah Menengah Damai. Sekolah Menengah Bishan Park akan digabung dengan Sekolah Menengah Peirce, Sekolah Menengah Chong Boon dengan Sekolah Menengah Yio Chu Kang, dan Sekolah Menengah Greenview akan digabungkan dengan Sekolah Menengah Loyang.

MOE berkata langkah ini ekoran saiz kohort pelajar sekolah menengah yang berkurangan.

Ia berkata 'jumlah pelajar yang mencukupi' diperlukan untuk sekolah menawarkan program pendidikan serta aktiviti ko-kurikulum yang baik untuk pelajar. Nama-nama sekolah menengah baru belum diputuskan lagi.

Empat sekolah yang bergabung juga telah mula beroperasi pada tahun 2016 iaitu, Sekolah Menengah Fajar, Ping Yi, Bartley, dan Tanglin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >