Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

23 relawan Mendaki diiktiraf

Jul 18, 2016 | 05:30 AM



MINAT Cik Wahizah Wahid dalam matematik telah mendorongnya bergiat aktif dalam program Maju Minda Matematika (Tiga M) anjuran Yayasan Mendaki.



Penglibatannya itu bukan setakat setahun dua, bahkan ibu tiga anak itu sudah menabur bakti sejak 12 tahun lamanya.



Iltizam Cik Wahizah diiktiraf dalam majlis Menghargai Sukarelawan Mendaki (MVA) 2016 semalam.



Cik Wahizah, 47 tahun, seorang eksekutif pembelian, antara lapan relawan yang menerima Anugerah Bakti Setia.



Anugerah itu memberi pengiktirafan kepada individu yang terlibat dalam program Tiga M sejak dimulakan pada 2004 dan masih aktif.



"Saya suka matematik dan malangnya ramai pelajar Melayu kita lemah dalam subjek ini.



"Menerusi program Tiga M, saya menikmati kepuasan memberi ilmu kepada ibu bapa yang sama-sama belajar ilmu matematik bersama anak," kata Cik Wahizah, yang memiliki cahaya mata berusia antara 18 dengan 23 tahun.



"Lebih memuaskan lagi adalah melihat ibu bapa yang telah saya latih kini membimbing ibu bapa dan pelajar lain dalam subjek ini," ujarnya.



Seramai 23 relawan telah diberi penghargaan dalam majlis tersebut di Royal Palm @ Clarke Quay semalam. Lebih 200 relawan hadir dalam majlis itu.



Terdapat empat kategori, yakni Anugerah Relawan Cemerlang, Anugerah Kumpulan Relawan Cemerlang, Anugerah Relawan Perintis dan Anugerah Bakti Setia.



Bertemakan 'Restropektif' dan diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri, majlis itu diserikan dengan kehadiran Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.



Ketika ditemui, Dr Yaacob berkata beliau menggalak relawan agar memanfaatkan teknologi bagi mendekati lebih ramai penerima bantuan. Beliau juga menyatakan peranan penting relawan kepada masyarakat.



"Mereka bukan hanya membantu badan-badan Melayu/Islam menjalankan program, malah menyumbang kepada pada setiap generasi.



"Kita perlu meneruskan tradisi sukarelawan ini agar dapat bekerjasama, bergotong-royong bagi kebaikan masyarakat," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >