Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

23 terima biasiswa Kementerian Ehwal Dalam Negeri

Aug 16, 2014 | 08:46 PM



SERAMAI 23 orang menerima biasiswa yang ditawarkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) tahun ini.


Majlis penyampaian biasiswa diadakan di bangunan MHA di Irrawaddy Road, pagi tadi.


Sebanyak empat anugerah biasiswa disampaikan di majlis itu - Biasiswa Merit Singapura, Biasiswa Pemerintah Singapura, Biasiswa Merit Setempat dan Anugerah Pengajian Setempat Home Team.


Jumlah biasiswa yang diberi tahun ini juga adalah yang tertinggi berbanding empat tahun lalu, dengan seramai 15 orang menerima biasiswa pada 2013; 10 orang pada 2012; 15 orang pada 2011; dan lapan orang pada 2010.


Salah seorang penerima biasiswa, Encik Adib Jamil, 20 tahun, berkata beliau berasa sangat gembira dan bangga menerima Biasiswa Merit Setempat.


Beliau akan melanjutkan pengajiannya dalam jurusan ilmu fizik di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada tahun depan setelah tamat menjalani perkhidmatan negara (NS) dengan Pasukan Polis Singapura (SPF).


"Saya mahu membawa satu kelainan dalam masyarakat. Saya mahu membantu orang ramai, namun paling penting sekali, saya mahu berkhidmat kepada negara," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >