LEBIH 20 kes Omicron kini telah dikesan di Singapura, termasuk seorang lagi kakitangan Lapangan Terbang Changi.
Lelaki itu merupakan seorang pembantu pemunggah di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, yang tidak berhubung dengan penumpang, kata Kementerian Kesihatan (MOH) malam kelmarin.