Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

25 peniaga S'pura manfaatkan wadah pembayaran digital aplikasi Grab

Nov 05, 2017 | 05:30 AM



SEJAK pelanggan gerai Nur Nasi Padang boleh membayar harga makan menerusi kaedah pembayaran digital, mereka tidak lagi perlu beratur panjang.



Proses pembayaran dipercepat 10 saat kerana pemilik gerai Maria Arif dan anaknya Nasri Ramli tidak perlu sibuk mencari duit tukar buat pelanggan.



Gerai di kedai kopi Telok Ayer itu antara 25 penjaja dan restoran di kawasan pusat bandar (CBD) dan Bishan yang menawarkan kaedah pembayaran digital GrabPay.



Ini kali pertama Grab, syarikat penyedia khidmat kenderaan swasta menerusi aplikasi alat bijak, membolehkan bayaran tempahan kenderaannya, GrabPay, digunakan bagi pembayaran di luar khidmat tempahan kenderaan.



Akhir tahun ini, Grab berharap dapat menarik 1,000 peniaga menggunakan GrabPay.



"Apa yang membezakan kami (daripada huraian pembayaran elektronik lain) ialah pengguna yang meluaskan pelaksanaannya.



"Kami sudah ada 4 juta muat turun bagi aplikasi Grab dalam negara yang mempunyai 5.6 juta orang,'' kata Encik Jason Thompson, pengarah urusan GrabPay Asia Tenggara.



GrabPay ingin menggalak lebih 20,000 peniaga di Singapura, yang menerima hanya wang tunai atau sebahagian besarnya wang tunai sebagai kaedah pembayaran, agar menyertainya.



Menerusi GrabPay, pelanggan mengimbas kod ke dalam aplikasi GrabPay untuk membuat pembayaran.



Sejak memperkenalnya seminggu lalu, Encik Nasri berkata pelanggan, yang kebanyakannya pekerja di CBD, mendapati ia amat mudah digunakan.



"Kebanyakan mempunyai aplikasi Grab dan tidak mempunyai masalah mengimbas kod QR.



"Saya dapati orang tidak perlu beratur lama kerana mampu habis membuat pembayaran sekitar 10 saat lebih pantas kerana saya tidak perlu mencari syiling atau wang kertas duit tukar,'' kata Encik Nasri, 28 tahun.



Awalnya, Cik Maria, yang berusia 60 tahun, keberatan menggunakan kaedah digital.



"Ibu takut duit tak masuk tetapi saya yakin sistem itu selamat,'' ujar Encik Nasri, yang berkata Grab akan memindahkan pendapatan mereka setiap hari.



Cara itu menjimat masa kerana mereka tidak perlu mengira wang secara zahir selepas gerai ditutup.



Peniaga yang menggunakan GrabPay tidak perlu membayar yuran selama enam bulan pertama. Grab masih menilai kadar yuran selepas tempoh tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >