SEJUMLAH $25 juta akan dibelanjakan bagi mengubah industri pengangkutan darat dan memastikan ia terus menyokong pertumbuhan Singapura dan memenuhi keperluan penumpang.
Wang itu akan disalurkan ke Dana Inovasi Pengangkutan Darat (LTIF) dalam tempoh lima tahun, yang bertujuan menggalak kajian berhubung mobiliti dan ujian teknologi, kata Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan.