26,000 kutu sampah disaman tahun lalu - paling tinggi dalam enam tahun

LEBIH ramai orang ditangkap membuang sampah sembarangan tahun lalu berbanding pada setiap sepanjang lima tahun sebelumnya.

Ini membawa kepada gesaan agar lebih banyak pendidikan antiperbuatan buang sampah sembarangan diadakan, terutama dalam kalangan golongan muda.

Lebih 26,000 denda dikenakan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) tahun lepas - paling tinggi dalam masa enam tahun sejak 2009, apabila lebih 41,000 saman dikenakan.

Hampir tujuh dalam 10 orang ditangkap tahun lalu adalah penduduk Singapura.

Bilangan tahun lalu juga 32 peratus lebih tinggi daripada 2014, apabila 20,000 saman dikeluarkan.

NEA memberitahu akhbar The Straits Times kebanyakan kutu sampah ditangkap membuang puntung rokok, kertas tisu, pembalut kotak rokok dan cawan plastik.

Ia menjelaskan bahawa kenaikan itu hasil usaha penguatkuasaan yang bertambah terhadap perbuatan membuang sampah sembarangan, dan pemerintah mengambil pendirian lebih tegas terhadap perbuatan tersebut.

Pada April 2014, ia menggandakan denda maksimum bagi perbuatan membuang sampah sembarangan ke $2,000 bagi kesalahan pertama, $4,000 bagi kesalahan kedua, dan $10,000 bagi sabitan ketiga dan seterusnya.

Mahkamah juga boleh mengenakan Perintah Kerja Pemulihan (CWO), di mana pesalah diperintah membersihkan tempat awam hingga 12 jam. Mereka yang ditangkap buat kali pertama mungkin menghadapi denda kompaun $300.

Pada 2013, 9,346 saman dikeluarkan, meningkat daripada 8,195 pada 2012. Lebih 11,000 orang didenda pada 2011, turun daripada hampir 24,000 pada 2010.

Jumlah CWO yang dikenakan mahkamah tahun lalu meningkat kepada lebih 1,300 daripada 688 pada 2014. Pada 2013, hanya 261 dikenakan.

Encik Edwin Seah, pengarah eksekutif Majlis Sekitaran Singapura perbuatan membuang sampah sembarangan sangat tidak bertimbang rasa dan antisosial.

Beliau berkata nilai-nilai perlu dipupuk dari usia muda, supaya semua orang melihat keperluan melindungi dan memulihara alam sekitar yang mereka kongsi.

Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Sekitaran, Cik Lee Bee Wah, mencadangkan Kementerian Pendidikan (MOE) mengeluarkan pekerja pembersihan dari sekolah, seperti di Jepun dan Taiwan, bagi menerapkan nilai-nilai tersebut.

Pada Oktober lalu, beliau mencadangkan melaksana sistem ganjaran seperti di Taiwan, di mana seseorang diberi sebahagian daripada saman jika beliau mengemukakan bukti terhadap kutu sampah yang ditangkap.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.