Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$277,500 diberikan kepada 36 pelajar di majlis LBKM tahun ini

Oct 01, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK $277,500 telah disampaikan kepada 36 pelajar dalam majlis penyampaian Anugerah Biasiswa LBKM yang ke-13 malam tadi.



Nilai keseluruhan biasiswa yang disampaikan itu adalah yang tertinggi sejauh ini dan penyampaian diadakan secara fizikal itu adalah yang pertama diadakan sejak ia berlangsung secara maya selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.



Majlis yang diadakan di Parkroyal on Beach Road Hotel itu turut dihadiri tetamu terhormat, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar).



Dalam kenyataannya, LBKM berkata majlis tersebut yang bermula pada 2010 menghargai mahasiswa dan pos-siswazah terbaik sedang mereka memenuhi aspirasi bagi kecemerlangan dalam akademik di dalam dan luar negara.



Di majlis itu juga lapan daripada 36 penerima diberikan biasiswa-biasiswa ikonik - dengan anugerahnya dinamakan sempena para pemimpin masyarakat terkenal.



"Tujuan anugerah-anugerah ikonik ini adalah untuk memupuk nilai-nilai dan ciri positif para pemimpin ini ke dalam minda dan jiwa para penerima," kata kenyataan itu.



Tahun ini, dua anugerah sedemikian ditambah dengan nama Mohamed Eunos Abdullah serta Dr Hafeezudin Sirajuddin Moonshi, digunakan.



Di bawah anugerah tambahan ini, seorang penuntut dalam Sains Politik menerima biasiswa Mohamed Eunos Abdullah dan dua penuntut (kededuanya dalam bidang perubatan) menerima biasiswa Dr Hafeezudin Sirajuddin Moonshi.



Presiden LBKM yang baru dilantik, Dr Syed Harun Taha Alhabsyi, berkata: "Biasiswa LBKM yang ke-13 ini amat bermakna bukan sahaja kerana kami kembalikannya menerusi majlis fizikal tapi juga pencapaian barunya. Kami ingin terus pertingkatkan tahapnya dalam membantu pelajar yang layak.



"Mempunyai anugerah yang lebih banyak dan jumlah yang diberikan hanyalah sebahagian daripada proses itu. Apa yang lebih penting adalah para pelajar kita terdorong untuk mencapai melebihi apa yang mereka sasarkan dan kembali menyumbang kepada masyarakat dan menjadi contoh kepada pelajar beraspirasi yang lain," ujarnya.



Sejak penubuhannya pada 1965, penerima bantuan LBKM telah menjangkau lebih 35,700 pelajar dari semua peringkat pendidikan hasil dermasiswa, biasiswa dan geran berjumlah $31 juta yang diberikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >