Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2.9 juta penumpang guna Lapangan Terbang Changi pada Jun

Aug 01, 2022 | 05:30 AM



BUAT pertama kali, jumlah penumpang yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi bulan lalu telah melebihi separuh daripada jumlah semasa prapandemik.



Ini memenuhi sasaran 50 peratus yang ditetapkan akhir tahun ini untuk industri itu yang dibuat pada awal tahun ini.



Sekitar 2.9 juta penumpang berlepas, transit atau tiba dalam penerbangan di Lapangan Terbang Changi bulan lalu, berbanding 5.8 juta pada Jun 2019 sebelum Covid-19 melanda, menurut perangkaan terkini dikeluarkan Kumpulan Changi Airport (CAG) semalam.



Sebanyak 18,400 penerbangan turut berlepas atau mendarat di lapangan terbang itu, iaitu 58.6 peratus daripada 31,391 penerbangan pada Jun 2019.



"Kami terdorong dengan kenaikan trafik penumpang kerana ia memberi isyarat bahawa kami sedang menuju ke tahap pertumbuhan prapandemik. Pembukaan Terminal 4 dan sebahagian pembukaan Terminal 2 akan memberikan kami kapasiti bagi menyokong syarikat-syarikat penerbangan dalam memulakan semula perkhidmatan mereka dan melancarkan laluan penerbangan baru,'' kata pengarah urusan pembangunan hab udara Lapangan Terbang Changi, Encik Lim Ching Kiat.



Baru-baru ini, CAG mengumumkan Terminal 4 akan dibuka semula pada 13 September selepas ditutup lebih dua tahun akibat pandemik Covid-19.



Pembukaan semula T4 akan menambah kapasiti lapangan terbang itu, dengan terminal tersebut mampu memberi khidmat kepada sekitar 16 juta penumpang setahun.



Semalam, CAG berkata prestasi Lapangan Terbang Changi bulan lalu didorong oleh suku kedua yang kukuh, dengan jumlah trafik penumpang pada 43.6 peratus daripada tahap pra-Covid-19, dan 14 kali ganda daripada jumlah yang dicatatkan dalam tempoh April - Jun yang sama tahun lepas.



Ia didorong oleh musim cuti dan pembukaan semula banyak negara di rantau ini sejak April lalu.



CAG berkata lonjakan ini didorong kuat oleh trafik pelawat ke dan dari Americas, yang mencecah 7 peratus lebih tinggi berbanding 2019 selepas penerbangan ke Canada ditambah pada Disember lalu.



Penerbangan sambungan ke wilayah di luar Asia Timur termasuk Eropah, Oceania dan Asia Selatan juga telah melepasi paras 60 peratus pada suku ini.



Sebanyak 85 syarikat penerbangan kini terbang dari Lapangan Terbang Changi ke 130 bandar di seluruh dunia.



Menurut beberapa pakar, pertumbuhan lebih pesat boleh dijangkakan pada separuh kedua tahun ini, dengan lebih ramai penumpang dijangkakan meskipun beberapa negara melaporkan gelombang baru jangkitan Covid-19.



Menurut data daripada firma risikan penerbangan Cirium, lapangan terbang di Asia masih beroperasi pada jumlah yang jauh lebih rendah daripada di Eropah, Amerika dan Timur Tengah.



Minggu lalu, syarikat penerbangan, Singapore Airlines (SIA) mengumumkan ia mencatatkan keuntungan bersih suku pertama sebanyak $370 juta berakhir 30 Jun lalu selepas jumlah penumpang menjulang menyusuli pembukaan semula sempadan antarabangsa dan kelonggaran sekatan Covid-19.



Keuntungan operasinya juga mencapai $556 juta, kedua tertinggi sejak suku ketiga 2007/2008.



Laba dari April hingga 30 Jun tahun ini merupakan keuntungan suku tahunan pertama selepas ia mengalami kerugian bersih sebanyak $409 juta pada suku pertama setahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >