Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2FA SingPass: Pendaftaran kini lebih mudah

Dec 22, 2015 | 11:01 AM



PENDAFTARAN bagi ciri pengesahan dua faktor (2FA) baru SingPass untuk melakukan urus niaga e-pemerintah dengan lebih baik kini kini lebih mudah.


Sata proses pendaftaran yang telah diperkemas, yang dilancar pada Ahad (20 Dis), memerlukan penduduk Singapura melengkapkan pendaftaran itu dalam hanya dua langkah berbanding tiga sebelum ini.


2FA melibatkan penggunaan kata laluan satu masa (OTP), yang dijana secara rambang dan dihantar melalui SMS, atau sat token tanda yang kelihatan seperti kalkulator mini.


OTP mesti dimasukkan sebagai tambahan kepada SingPass biasa - sebuah kata laluan yang ditubuhkan sejak 2003 - dan nombor kad pengenalan untuk mengakses kira-kira 200 perkhidmatan e-pemerintah.


Ciri 2FA dilancarkan pada Julai untuk menangani pelanggaran peraturan keselamatan. Bagaimanapaun, kekeliruan menyukarkan pendaftaran sehingga baru-baru.


Akibatnya, tidak ramai orang mendaftar, dan Lembaga Kemajuan Infokon (IDA) kemudian mengumumkan ia akan memudahkan proses itu.


Akbar The Straits Times melaporkan pada Selasa (22 Dis), seorang jurucakap IDA berkata proses pendaftaran SingPass 2FA telah dipermudah berdasarkan maklum balas orang ramai.


Semua 3.3 juta pengguna SingPass mesti mendaftar menjelang tarikh akhir hujung Jun tahun depan, atau menghadapi risiko tidak dapat berurusan dengan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF), Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri Singapura (Iras) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).


Difahamkan lebih banyak penyelarasan boleh dijangka dalam dua bulan mendatang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >