Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 anak-beranak S'pura ditahan kerana didakwa cerca pegawai imigresen M'sia

Aug 15, 2016 | 02:48 PM



JOHOR BAHRU: Tiga warga Singapura ditangkap selepas mereka dikatakan mencerca pegawai imigresen di Bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar di Johor Bahru.



Mereka - seorang wanita berusia 40-an tahun dan dua anaknya berusia 18 dan 19 tahun - ditahan selepas mereka dikatakan enggan menurunkan tingkap belakang gelap kereta mereka semasa pemeriksaan di zon kereta menuju ke Singapura pada 3.30 petang Jumaat (12 Ogos).



Difahamkan wanita itu, seorang ahli perniagaan, mula mencerca dan menuduh pegawai imigresen itu apabila beliau mahu memeriksa kenderaannya.



Salah seorang daripada mereka juga didakwa menunjukkan jari tengah tanda lucah pada pegawai tersebut.



Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Datuk Rohaizi Bahari, mengesahkan tangkapan itu dan berkata mereka kini ditahan reman selama 14 hari untuk membantu siasatan.



"Mencerca para pegawai saya yang hanya mengikut prosedur semasa pemeriksaan adalah satu kesalahan," katanya.



Beliau berkata Jabatan Imigresen tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan, malah ada kunjungan daripada konsulat Singapura, kerana mereka ingin bertemu suspek.



"Setakat ini siasatan kami juga menunjukkan pegawai itu tidak meminta sembarang rasuah seperti yang didakwa oleh suspek," kata Datuk Rohaizi, sambil menggesa mereka yang tidak berpuas hati dengan para pegawainya supaya membuat aduan langsung kepadanya.



Tiga orang itu disiasat mengikut Akta Imigresen yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 ($3,350) atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya.



Berita mengenai tangkapan itu tersebar luas melalui Facebook beserta gambar keluarga tersebut digari dan butiran peribadi mereka dalam talian.



Difahamkan kedua-dua anak wanita itu menuntut di sebuah kolej swasta di Johor Bahru. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >