Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 dalam 5 alami bahaya dalam talian: Tinjauan

Sep 22, 2023 | 06:35 PM



Tiga dalam lima orang pernah mengalami atau mengenali orang lain yang menghadapi ancaman bahaya dalam talian, menurut dapatan satu tinjauan yang dijalankan pertubuhan bukan mencari untung, SG Her Empowerment (SHE).

Tinjauan itu, yang melibatkan 1,056 responden, bertujuan memahami kelaziman dan kesan bahaya dalam talian terhadap penduduk Singapura.

Dapatan tinjauan itu mendedahkan golongan muda lebih terdedah kepada bahaya dalam talian, dengan 52 peratus responden yang melaporkan mereka mengalami bahaya dalam talian ketika berusia antara 15 dengan 24 tahun.

Sebanyak 48 peratus responden yang mengalami bahaya dalam talian berusia antara 15-24 tahun, 46 peratus berusia antara 35-44 tahun, 30 peratus berusia 45-54 tahun dan 29 peratus berusia 55 tahun dan ke atas.

Di samping itu, 45 peratus responden berkata mereka mengalami bahaya dalam talian di Facebook, manakala 24 peratus responden mengalaminya di Instagram dan 12 peratus bahaya dalam talian yang dilakukan di YouTube dan TikTok masing-masing.

Platform pemesejan juga merupakan wadah di mana responden mengalami bahaya dalam talian, dengan 30 peratus responden mengalaminya di WhatsApp dan 13 peratus di Telegram.

Menurut SHE, terdapat sembilan kategori berbeza bahaya dalam talian dialami orang ramai – gangguan seksual; buli siber; penyamaran atau pencurian identiti; fitnah; penderaan seksual berasaskan imej; diintai dalam talian; kempen ‘kansel’ atau amalan memulaukan mereka yang berpandangan berbeza; ucapan benci; dan ‘doxxing’ (mendedahkan data orang lain dalam talian).

Dapatan tinjauan mendedahkan bahawa 14 peratus responden mengalami gangguan seksual, 12 peratus dibuli dalam talian; 11 peratus mengalami penyamaran atau kecurian identiti; 10 peratus difitnah; 9 peratus mengalami penderaan seksual berasaskan imej; 8 peratus diintai dalam talian; 7 peratus mengalami kempen ‘kansel’; 6 peratus mengalami ucapan benci; dan 5 peratus mengalami ‘doxxing’.

Sebanyak 21 peratus responden dilaporkan tidak terjejas selepas mengalami bahaya dalam talian kerana ia adalah “perkara biasa dalam kehidupan”. Dapatan ini menunjukkan bahawa pengguna digital mungkin menormalkan atau menjadi tidak peka terhadap bahaya dalam talian.

Untuk menangani isu bahaya dalam talian, SHE merancang bekerjasama dengan pihak berkepentingan seperti pertubuhan masyarakat, sekolah dan pemerintah untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya dalam talian, terutamanya dalam kalangan kumpulan yang terdedah seperti belia dan wanita.

SHE juga akan terus menjalankan SHECARES@SCWO, sebuah pusat yang menawarkan bantuan kepada mangsa bahaya dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif SHE, Cik Simran Toor, berkata: “Kesaksamaan dan keselamatan jantina harus dinikmati dalam kedua-dua dunia luar talian dan dunia dalam talian.

“Bahaya dalam talian sangat memberi kesan kepada individu dan masyarakat dan jika tidak ditangani, ia boleh menetapkan norma tingkah laku sosial baru.

“Di SHE, kami menggunakan pendekatan pelbagai serampang untuk membantu membentuk persekitaran yang lebih sihat untuk semua. Kami bukan sahaja menyokong mereka yang terjejas tetapi kami juga bekerjasama dengan rakan kongsi dan pemerintah untuk mencari penyelesaian bagi mengelakkan isu daripada meningkat.

“Setiap orang berhak untuk berasa selamat dalam talian dan luar talian.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >