Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 flat HDB dijual semula melepasi $1 juta

HDB
Nov 11, 2017 | 05:30 AM



TIGA flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Commonwealth Drive dan Holland Village mencecah nilai jualan semula $1 juta dan mencatat rekod baru bagi penjualan 2017, tidak termasuk Pinnacle@Duxton.



Menurut data agensi hartanah PropNex, dua daripada unit itu terletak di Blok 50, Commonwealth Drive. Satu dijual pada harga $1.035 juta pada Oktober dan satu lagi, $1.028 juta pada Ogos.



Sebuah unit di lantai 36 di Blok 18D, Holland Drive pula dijual pada harga $1.03 juta pada Julai.



Pada Februari lalu, sebuah penthouse Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS) di Natura Loft, Bishan, memecahkan rekod apabila dijual semula pada $1.18 juta.



Walaupun flat DBSS dianggap perumahan awam, ia dimajukan dan dijual oleh pemaju swasta, bukan HDB.



Transaksi itu dicatatkan walaupun indeks harga bagi flat jualan semula HDB sejak 2016 menyaksikan penurunan.



Pada 2016, sebuah flat Pinnacle@Duxton HDB dijual pada harga $1.12 juta, memecahkan rekod jualan semula HDB ketika itu.



Nilai unit Pinnacle@Duxton ialah $981 bagi setiap kaki persegi.



Pembeli flat Holland Village itu adalah pasangan muda berusia 20-an tahun dan merupakan pembeli pertama. Biasanya, pembeli yang sanggup mengeluarkan wang tinggi untuk flat jualan semula merupakan mereka yang berusia lebih tua.



Ejen hartanah PropNex, Cik Michelle Chia, yang menguruskan penjualan flat itu memberitahu akhbar The Straits Times, pasangan itu tertarik dengan "pemandangan bernilai jutaan dolar", selain kemudahan yang terdapat di sekeliling flat tersebut. Ini termasuk kedai makan dan stesen MRT Holland Village yang berdekatan.



Tahun lalu, sebuah unit jualan semula di Clementi Towers menarik perhatian ramai apabila berjaya dijual pada harga $1,005,000. Clementi Towers merupakan projek HDB yang menggabungkan pusat beli-belah dan pusat tukaran bas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >