Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 orang ditangkap, dadah bernilai lebih $105,000 dirampas CNB

Jun 29, 2016 | 03:25 PM



TIGA suspek ditangkap dan dadah bernilai lebih $105,000 dirampas pada Selasa (28 Jun) oleh Biro Narkotik Pusat (CNB).

Rampasan itu merangkumi kira-kira 2.4 kilogram ganja, 150 gram Ice dan 105 pil Ecstasy, umum CNB dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Operasi berhampiran Mountbatten Road itu membawa kepada penangkapan seorang suspek pengedar dadah dan dua rakannya.

Ice dan Ecstasy itu ditemui di sebuah kereta yang digunakan oleh dua rakan suspek pengedar tersebut - berumur 56 dan 26 tahun. Kedua-duanya warga Singapura.

Kereta itu dikesan oleh pegawai CNB pada petang Selasa dekat blok suspek pengedar itu disyaki tinggal.

Suspek berusia 26 tahun itu kemudian dilihat menaiki blok tersebut.

Selepas meninggalkan kawasan itu, mereka ditahan di simpang Dunman Road dan Haig Road. Wang tunai beberapa ribu ditemui pada suspek lebih muda itu.

Dadah tersebut ditemui di antara tempat duduk penumpang belakang dan rangka kereta.

Pada masa sama, pegawai CNB menyerbu rumah suspek pengedar itu, seorang lelaki warga Singapura berusia 24 tahun.

Pemeriksaan di rumah itu membawa kepada penemuan kira-kira 2.4 kilogram ganja, 100 pil Ecstasy, dan wang tunai lebih $800.

Siasatan ke dalam kegiatan kesemua suspek sedang dijalankan.

Sesiapa yang mengedar lebih 500 gram ganja boleh dihukum mati.

Dakwaan mengenai keberkesanan ganja sebagai ubat tidak meyakinkan dan terbukti, kata CNB dalam kenyataan itu.

"Pakar dari Institut Kesihatan Mental Singapura telah menjalankan kajian literatur bebas terhadap ganja, di mana lebih 500 artikel dari jurnal perubatan terkemuka dikaji," kata CNB.

Mereka mendapati ganja berbahaya dan boleh membawa kepada ketagihan, terutama pada anak muda; dan separuh daripada pengguna harian ganja menjadi bergantung pada dadah itu.

"Ganja juga boleh menyebabkan kerosakan tidak boleh dipulihkan ke atas perkembangan otak seseorang," kata CNB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >