TIGA pengarah baru telah dipilih dalam Lembaga Pengarah (BOD) Angkatan Karyawan Islam (AMP) dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-26 semalam.
Mereka adalah Encik Hazni Aris Hazam Aris, 40 tahun, pengurus pembangunan perniagaan di firma insurans TokioMarine Life, yang juga presiden AMP Muda; Dr Hishamuddin Badaruddin, 46 tahun, timbalan pengarah Kementerian Kesihatan (MOH), yang juga pengarah Mercu Learning Point, anak syarikat AMP; dan Cik Zarina Yusof, 44 tahun, pengarah bersekutu Yayasan Temasek dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam sektor penjagaan kesihatan, pendidikan, penyiaran dan awam.