Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 penjual didakwa jual basikal elektrik yang kelajuannya diubah suai

Oct 07, 2016 | 12:21 PM



TIGA penjual basikal elektrik telah didakwa kerana menjual dan membekalkan kenderaan diubah suai secara haram, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (7 Okt).



Semasa satu pemeriksaan biasa, LTA mendapati penjual itu menjual basikal bermotor yang diubah suai dengan pendikit yang membolehkan kenderaan itu mencapai kelajuan melebihi 35 kilometer sejam (kmj) tanpa mengayuh.



Mereka didakwa pada 1 Sept dan kes mereka akan didengar lagi pada 1 Nov.



Peraturan semasa menetapkan motor elektrik basikal mesti berhenti apabila basikal mencapai kelajuan 25 kmj atau apabila penunggang tidak mengayuh.



Menjual basikal bermotor yang tidak mematuhi peraturan atau diubah suai satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan.



Ia membawa hukuman maksimum denda $2,000 atau penjara tiga bulan bagi kesalahan pertama. Pesalah berulang boleh dikenakan denda hingga $5,000 atau penjara hingga enam bulan.



LTA berkata orang ramai yang melihat basikal yang diubah suai secara haram boleh menghubungi 1800-CALL-LTA atau e-mel feedback@lta.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >