TIGA pihak dalam bidaan bagi tender melibatkan peruntukan perkhidmatan elektrik bagi Perlumbaan F1 Grand Prix Singapura dari 2015 hingga 2017 dituduh melakukan penipuan oleh Suruhanjaya Persaingan Singapura (CCS).
Dalam kenyataannya semalam, CCS berkata pihaknya sudah mengeluarkan saranan keputusan pelanggaran peraturan (PID) terhadap Cyclect Group, HPH Engineering dan Peak Top Engineering.