Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 rumah kelab baru HomeTeamNS akan dibina: Shanmugam

Feb 13, 2017 | 04:17 PM



TIGA rumah kelab baru HomeTeamNS akan dibina bagi anggota Perkhidmatan Negara dan keluarga mereka dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam pada Isnin (13 Feb).



Beliau berkata demikian pada majlis perasmian rumah kelab kelima dan terbaru di Tampines Hub, dan sekali gus melancarkan sambutan Home Team NS50.



Kementerian Dalam Negeri (MHA) akan menganjurkan satu siri acara bagi memperingati NS50 untuk Home Team. Ia adalah tambahan inisiatif peringkat kebangsaan yang diumumkan oleh Menteri Pertahanan Ng Eng Hen minggu lepas, katanya.



Acara itu termasuk pertunjukannya perdana dan festival yang akan diadakan 3-7 Mei di Stadium Tertutup Singapura dan kawasan sekitarnya.



"Ia (The Home Team Show) akan mempamerkan kerja-kerja Home Team - bagaimana Home Team, pegawai NS, sukarelawan dan masyarakat bekerja bersama-sama menjaga keselamatan Singapura," kata Encik Shanmugam.



Pasukan Polis Singapura bermula NS sepenuh masa pada 1975, manakala SCDF (sebelum ini Pasukan Bomba Singapura) bermula setahun kemudian.



Memberi penghormatan kepada perintis Home Team NS, Encik Shanmugam berkata peranan yang dilakukan oleh pegawai NS telah berubah sejak beberapa tahun, dengan lebih banyak mengambil peranan kepimpinan dan pakar.



Lebih pegawai juga dihantar ke barisan hadapan dan tugas sokongan operasi, katanya, dan beberapa unit seperti Komand Keselamatan Pengangkutan Awam di polis dikendalikan hampir sepenuhnya oleh NSmen (NSF) sepenuh masa.



Komand Perlindungan dan Keselamatan baru Polis, bagi melindungi beberapa tempat penting semasa kecemasan negara, mempunyai kumpulan terbesar NSF dan NSmen sedia beroperasi, manakala sekurang-kurangnya dua daripada empat kru di kereta bomba adalah NSF atau NSmen.



"Memandang ke hadapan ... kita akan terus melihat bagaimana kita boleh menggunakan (pegawai NS kita) dalam bidang-bidang baru," katanya.



Rumah kelab baru di Tampines telah menyaksikan lebih 42,000 pengunjung sejak pelancaran awalnya pada November.



Rumah Kelab baru yang pertama akan terletak di Khatib-Yishun, menggantikan yang sedia ada di Sembawang.



Yang kedua akan berada berhampiran Bedok Reservoir dan ketiga di Tengah Forest Town menggantikan yang ada di Bukit Batok.



HomeTeamNS, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang ditubuhkan untuk mengiktiraf sumbangan NSmen polis dan Pertahanan Awam, akan juga menyemak kemudahan di Rumah Kelab Balestier, kata Encik Shanmugam.



Ketua Eksekutif HomeTeamNS, Cik Agnes Eu berkata: "Perancangan konsep, reka bentuk dan lokasi rumah kelab baru telah dilakukan dengan teliti bagi memastikan ia memenuhi keperluan dan kepentingan NSmen kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >