Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

300 diselamatkan dari kapal karam oleh pihak berkuasa S'pura

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



KIRA-KIRA 300 orang diselamatkan dari kapal yang karam oleh pihak berkuasa Singapura selepas kapal itu menghantar panggilan kecemasan kelmarin.



Menurut The Associated Press, seorang jurucakap tentera laut Sri Lanka berkata mereka dihubungi kelmarin oleh seorang warga Sri Lanka dari kapal tersebut, yang berkata penumpang berada dalam kesusahan.



Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim di Colombo kemudiannya mendapatkan bantuan dari Singapura, Vietnam dan Filipina.



Susulan penyelamatan itu, pihak berkuasa Singapura memberitahu pihak berkuasa Sri Lanka bahawa penumpang kapal tersebut, yang dipercayai adalah migran, telah diselamatkan dan dalam perjalanan ke Vietnam sebelum kapal itu karam.



Laporan tidak menyatakan di mana kejadian itu berlaku.



Jurucakap tentera laut Sri Lanka berkata salah seorang yang diselamatkan dari kapal itu adalah seorang warga Sri Lanka, dan menambah bahawa identiti yang lain akan dipastikan selepas mereka mendarat di Vietnam.



Akhbar The Straits Times telah menghubungi pelbagai pihak berkuasa, termasuk Kementerian Pertahanan dan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura, untuk melihat sama ada mereka terlibat dalam penyelamatan tersebut dan untuk mengetahui butiran lanjut mengenai kejadian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >