Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

300 titik panas di Sumatera, Kalimantan; S'pura terus buru dalang jerebu

Jul 04, 2016 | 07:52 AM



JAKARTA: Hampir 300 titik panas akibat kebakaran hutan dan tanah dikesan di Sumatera dan Kalimantan pada Ahad (3 Jul), dan jumlah itu dijangka meningkat pada bulan-bulan kering mendatang.



Jumlah itu didedahkan sedang muncul berita daripada temu bual yang diberi oleh duta besar Singapura di Jakarta, yang berkata Republik itu akan meneruskan usaha mencari mereka yang bertanggungjawab terahdap kebakaran hutan yang mengakibatkan jerebu di Asia Tenggara tahun lalu.



"Kami sedang mencari, untuk menyatakannya dengan jelas, orang jahat yang menyebabkan masalah itu," Encik Anil Kumar Nayar memberitahu agensi berita Agence France-Presse (AFP) minggu lepas.



Beliau berkata Singapura tidak melakukan sembarang perkara tidak wajar dalam memburu syarikat-syarikat itu dan bertindak mengikut haknya dalam menguatkuasakan undang-undangnya.



"Kami tidak melakukan sesuatu luar biasa. Ia tidak menyasarkan sembarang atau kedaulatan sesiapa," katanya.



Komen beliau datang di tengah-tengah ketegangan antara Indonesia dan Singapura mengenai keputusan Republik itu mengambil tindakan terhadap pengarah sebuah firma Indonesia yang dikaitkan dengan jerebu serantau tahun lalu - dianggap antara yang paling teruk dalam sejarah baru-baru ini.



Krisis jerebu itu menjejas berjuta-juta orang di seluruh Asia Tenggara dan menyebabkan lebih setengah juta rakyat Indonesia mengalami penyakit pernafasan teruk. Syarikat pulpa dan kertas degil dipersalah bagi kebakaran yang mengakibatkan jerebu tersebut.



Satelit pada Ahad mencatat 288 kawasan panas - 245 di Sumatera dan 43 di Kalimantan - kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia, Encik Sutopo Purwo Nugroho, dalam satu kenyataan.



Jumlah itu kecil dibandingkan dengan kira-kira 3,000 pada kemuncak krisis tahun lepas, tetapi beliau memberi amaran "potensi berlaku kebakaran akan meningkat" dalam cuaca kering pada Julai hingga September.



Dua helikopter dan dua pesawat bom air dikerah untuk menyembur air dari udara di Riau, yang mempunyai 26 kawasan panas. Askar, pegawai polis dan kakitangan dari agensi lain sedang mengawal kebakaran di lapangan, katanya.



"Kebanyakan kawasan panas disebabkan pembakaran sengaja," kata Encik Sutopo.



Beliau tidak berkata siapa menyebabkan kebakaran itu tetapi menasihati masyarakat agar tidak membersihkan tanah dengan membakarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >