KIRA-KIRA 3,000 nyamuk Aedes aegypti jantan telah dibebaskan di Braddell Heights pagi semalam oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kajian perintis yang bertujuan mengurangkan populasi spesies nyamuk penyebar penyakit itu.
Nyamuk-nyamuk jantan itu, yang tidak menggigit manusia atau menyebar penyakit, telah dijangkiti dengan bakteria Wolbachia secara tiruan.