Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

3,000 SME terlibat dengan Pusat Inovasi, hasilkan 300 projek

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



DARI 2016 hingga 2020, sekitar 3,000 syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura terlibat dengan Pusat Inovasi (COI) di institut pengajian tinggi tempatan dan institut penyelidikan A*Star, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, di Parlimen semalam.



Ini telah membawa kepada 300 projek inovasi, daripada penerimaan dan penterjemahan teknologi kepada pelesenan harta intelek, pembangunan produk bersama dan inovasi bersama.



Tetapi, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) tidak mempunyai data tentang berapa banyak projek ini menghasilkan idea yang berjaya dikomersialkan, kata Cik Low ketika menjawab soalan Encik Desmond Choo (GRC Tampines), yang telah meminta pecahan kes yang berjaya mengikut industri.



Beliau menambah, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022, lebih banyak SME kini akan dapat memanfaatkan keupayaan lebih 80 pusat teknologi, inovasi dan perusahaan, termasuk COI.



"Dalam tempoh lima tahun akan datang, pusat-pusat ini dijangka melaksanakan hampir 2,000 projek inovasi merentas lima sektor perintis: teknologi pertanian, pembinaan, pembuatan makanan, kejuruteraan jitu dan runcit," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >