329 lulus program guru NIE

ERIVINA MOHD JAMIL

SERAMAI 329 lulusan program pendidikan guru daripada Instutut Pendidikan Nasional (NIE) menerima sijil mereka tengah hari tadi.

Majlis tersebut dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Encik Hawazi Daipi, selaku tetamu terhormat.

Antara lulusan itu ialah Encik Muhammad Herwanto Johari, 34 tahun, seorang guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah Naval Base yang meraih ijazah dalam jurusan Bahasa dan Sastera Melayu dengan kepujian kelas pertama.

Beliau dan adik perempuannya dibesarkan oleh ibunya sejak bapanya meninggal dunia sekitar 26 tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

Ketika ditemui, Encik Herwanto berkata, beliau gembira dapat memenuhi impian arwah bapanya yang kali terakhir berpesan kepadanya untuk belajar sehingga ke menara gading.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.