Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERADUAN MENULIS CERPEN BH-NAC

35 peserta disenarai pendek

Peserta terpilih berusia antara 15 dengan 70 tahun, datang daripada pelbagai latar, kata pengadil
Aug 06, 2016 | 05:30 AM



PENGADIL peraduan menulis cerpen Mencari Kristal telah memilih 35 daripada 120 peserta untuk menyertai enam bengkel penulisan cerpen anjuran Berita Harian-Majlis Seni Kebangsaan (BH-NAC).



Pengadil pusingan pertama berkata mereka kagum dengan mutu dan daya kreatif peserta dipilih itu, yang sebahagiannya merupakan bakat baru.



Salah seorang pengadil, yang juga penyunting Berita Harian, Cik Dewani Abbas, berkata 35 cerpen yang diterima itu memang menyerlah mutunya dan tema jelas diketengahkan.



"Yang paling menarik adalah apabila kami dapat melihat penulis yang bukan asalnya daripada aliran penulisan tampil dengan karya bermutu, penulisan amat baik dan plot juga amat menarik," katanya.



Beliau juga menambah hal tersebut menunjukkan bakat memerlukan wadah mencipta, menulis dan mengembangkannya.



Seramai 35 peserta yang terpilih itu terdiri daripada individu dengan latar belakang berbeza, termasuk seorang ahli psikologi, kerani bank, ahli perniagaan dan pelajar.



Usia peserta dipilih itu juga bermula semuda 15 tahun hingga penulis generasi perintis berusia sekitar 70-an tahun.



Seorang lagi pengadil, penulis mapan Encik Hamed Ismail, berbesar hati melihat ramai penulis baru yang muncul daripada aliran dan bidang berbeza, namun mempunyai penguasaan bahasa yang baik.



"Saya agak terperanjat melihat sambutan yang telah diberikan orang ramai kepada peraduan ini. Apa yang saya dapat rumuskan daripada peraduan ini ialah kesemua 35 penulis itu, tidak kira usia atau latar belakang, dapat menguasai bahasa dengan baik," ujarnya.



Beliau menambah, mungkin kerana mereka kekurangan wadah sebelum ini justeru tidak dapat mempamerkan dan mengembangkan bakat mereka.



Encik Hamed berharap bengkel yang akan diikuti peserta dapat membantu mereka memperbaiki karya dan gaya penulisan.



Seorang lagi pengadil, Encik Juffri Supa'at, pula berkata gaya penceritaan 'segar' yang diketengahkan peserta dipilih berjaya menarik hati pengadil.



"Dengan latar belakang penulis yang berbeza, kita dapat melihat cerita dari sudut berbeza seperti sudut 'psycho thriller' dan juga 'thriller' investigatif.



"Lebih menarik lagi, ada cerita yang menggunakan teka-teki pantun dan sebagainya, jadi ia memberikan kepelbagaian dan kesegaran," katanya.



Encik Juffri menambah, melalui bengkel-bengkel selanjutnya, beliau berharap penulis dapat memperkuat pertukangan penceritaan mereka.



Diminta mengulas, Editor Digital BH, Encik Puad Ibrahim, teruja atas pilihan 35 peserta itu.



"Bukan sahaja karya mereka mempunyai mutu, malah mereka mewakili pelbagai latar belakang - daripada penulis baru hingga mapan - selain mengandungi jalan cerita yang bukan konvensional," ujarnya.



Sementara itu, bagi memupuk bakat dan menggalak penulis muda terus berkarya selain membangunkan kemahiran menulis, BH akan mengundang sekumpulan pelajar menghadiri bengkel-bengkel tersebut.



Mereka hadir sebagai peserta bengkel sahaja dan tidak akan mengambil bahagian dalam peringkat pertandingan selanjutnya.



Bengkel pertama bermula 13 Ogos ini.




 35 PESERTA TERPILIH



- Adam Fadila

- Amanah Mustafi

- Annas Mahmud

- Clarissa Nathania Goenawan

- Junaidah Baharawi

- Karimah Samsudin

- Khaziah Yem

- Mohammad Farihan Bahron

- Mohamed Naguib Ngadnan

- Muhd Izzul Irfan Iskandar Mulia

- Mohammad Sophian Mohammad Yazid

- Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria

- Nur-El-Hudaa Jaffar

- Nur Sakinah Mohamed Elyas

- Noor Aisya Buang

- Pasidah Rahmat

- Lim Wan Phing

- Rohani Din

- Siti Laila Omar

- Siti Zalinah Adam

- Titi Murni Monir

- Wan Jumaiah Mohd Jubri

- Yazid Hussein

- Zaleha Isnin

- Djohan Abdul Rahman

- Nur Yasiirroh Yasman

- Sofiah Sulaiman

- Siti Aisyah Mohamed Salim

- Tuty Alawiyah Isnin

- Jalaluddin Ahmad Jamal

- Mohamad Hazriq Idrus

- Malyanah Manap

- Noraidah Ahmad

- Hanim Zainalabdin

- Nur Ashikin Kamaruddin




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >