35 siswazah Melayu/Islam terima ijazah kepujian kelas pertama tahun ini

SEKITAR 35 siswazah Melayu/Islam mendapat ijazah sarjana muda kepujian kelas pertama dari universiti setempat tahun ini, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam Rapat Hari Kebangsaan sebentar tadi.

Antara mereka ialah Encik Afzal Ali, 25 tahun, graduan Sekolah Undang-Undang Universiti Nasional Singapura (NUS) dan secara serentak mendapat ijazah sarjana Undang-Undang dari Universiti New York.

Beliau kini sedang mengikuti latihan guaman di firma ternama, Allen & Gledhill.

Seorang lagi ialah Cik Fauziah Ally, 22 tahun, graduan Politeknik Singapura (SP) dengan diploma Sains Bio-perubatan.

Beliau baru lulus dalam Sains Biologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan kini bertugas sebagai Pegawai Penyelidikan di Institut Biologi Molekular dan Sel (IMCB), A*Star.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.