Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

350 penerima bantuan 4PM raih manfaat daripada Ramadan On Wheels 2018

Apr 22, 2018 | 05:30 AM



APABILA Cik Sukarti Ahmad meminta bantuan daripada Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), beliau tidak menyangka beliau juga dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang senasib dengannya.



Namun, bantuan tersebut bukanlah daripada segi wang atau habuan makanan, ia dalam bentuk resipi rendang arwah emaknya yang disumbangkan bagi buku resipi, Spice of Life, atau Rencah Kehidupan.



"4PM tanya adakah saya berminat berkongsi resipi, jadi saya fikir mengapa tidak.



"Lagipun kita berkongsi untuk semua orang, buat apa nak lokek kan?" ujar nenek 10 cucu itu.



Buku resipi tersebut dihasilkan bagi projek istimewa sempena ulang tahun ke-70 4PM.



Cik Sukarti merupakan salah seorang daripada 13 penerima bantuan 4PM yang berkongsi resipi mereka.



Buku tersebut dilancarkan semalam bersama pelancaran acara tahunan Ramadan On Wheels (ROW) anjuran 4PM.



Majlis pelancaran tersebut, yang diadakan di HuBelia 4PM di Bedok Reservoir Road, dihadiri tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Tahun ini, seramai 350 penerima bantuan meraih manfaat daripada ROW 2018.



ROW 2018 akan menjalankan beberapa acara termasuk Karnival Pendekatan Keluarga yang diadakan semalam; bengkel motivasi, kesihatan dan masa depan; pemberian hamper dan baucer Ramadan; dan ubah elok rumah bagi beberapa penerima bantuan terpilih.



Ini merupakan tahun ke-18 ROW diadakan dan seramai 3,000 penerima bantuan yang terdiri daripada warga emas, keluarga berpendapatan rendah dan golongan kurang upaya berbilang bangsa dan agama, telah pun meraih manfaat daripadanya.



"Saya ingin menyeru kepada 4PM agar meneruskan usaha dan pendekatan ini kerana apa yang saya lihat ialah harapan - harapan daripada masyarakat bagi... meningkatkan tahap kehidupan kita dan pembangunan kita bersama," kata Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >