Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3,680 pelajar dapat tempat di poly berdasarkan kebolehan, minat

Sep 19, 2016 | 10:43 AM



SEKITAR 3,680 pelajar sekolah menengah telah ditawarkan tempat sementara di politeknik sebelum mereka menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat O bulan depan.



Tawaran itu dibuat pada akhir Pelaksanaan Kemasukan Awal (EAE), yang membolehkan pelajar mendapatkan tempat dalam program diploma menggunakan bakat dan minat khusus bagi sesebuah kursus dan bukan hanya gred akademik.



Sebelum ini, politeknik mengambil kumpulan pelajar itu melalui pelaksanaan Kemasukan Langsung Politeknik (DPA) dan Pelaksanaan Khas Kemasukan Bersama Politeknik, yang masing-masing boleh mengambil hingga 2.5 peratus dan 5 peratus daripada pengambilan politeknik setiap tahun.



EAE menggantikan dua skim itu.



Pemangku Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran) Ong Ye Kung, yang mendedahkan angka tersebut dalam Facebook pada pagi Isnin (19 Sep), berkata kebanyakan ditawarkan tempat bagi kursus seperti pendidikan awal kanak-kanak, komunikasi massa, kejururawatan, komunikasi visual dan reka bentuk media serta sukan dan sains sukan.



Ini kursus di mana minat dan kebolehan merupakan ramuan penting untuk penguasaan kemahiran yang diperlukan.



Beliau juga berkata dalam kalangan pelajar yang mendapat tawaran itu, 72 peratus ditawarkan kursus pilihan pertama mereka dan lebih daripada 92 peratus telah menerima tawaran tersebut. Mereka kini perlu memenuhi syarat kemasukan minimum yang diperlu untuk mendaftar bagi kursus pilihan mereka.



Encik Ong berkata: "Adalah menggembirakan untuk mengetahui bahawa pelajar dan ibu bapa kita menyokong langkah ini. Selain kadar penerimaan baik, saya menerima beberapa e-mel positif mengenai EAE.



"Ada seorang berkongsi bagaimana anaknya sangat ghairah tentang kejururawatan, tetapi tidak boleh memohon kursus itu pada masa lalu kerana gred akademiknya. Saya gembira mendengar bahawa dia telah ditawarkan tempat dalam bidang kejururawatan melalui EAE tahun ini - hasil keinginan kuat menyertai sektor penjagaan kesihatan."



Pada awal tahun ini ketika mengumumkan skim itu, Encik Ong berkata kajian menunjukkan dalam kalangan pelajar politeknik dengan markah agregat GCE O sama, mereka yang diterima masuk melalui DPA mencapai prestasi lebih baik dalam pelajaran mereka dan jauh lebih mungkin memulakan kerjaya dalam sektor yang mereka dididik dan dilatih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >