Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3,770 flat BTO dan 5,170 flat baki ditawar

May 24, 2016 | 11:45 AM



SEBANYAK 8,940 flat baru dilancarkan untuk dijual pada Selasa (24 Mei) oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), termasuk beberapa di bandar matang Ang Mo Kio dan Bedok.



Pelancaran itu terdiri daripada 3,770 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dan 5,170 flat baki.



Flat BTO termasuk dua projek di Ang Mo Kio dan Bedok yang dijangka paling popular.



Ang Mo Kio Court menawarkan 590 flat, merangkumi 156 unit dua bilik flexi, 234 empat bilik, 148 lima bilik dan 52 flat tiga generasi (3Gen) bagi keluarga pelbagai generasi.



Bedok North Woods pula menawarkan 357 flat, merangkumi 110 flat tiga bilik dan 247 empat bilil.



Sebanyak 1,571 flat BTO ditawarkan di tiga projek di bandar belum matang Bukit Panjang, dan 1,252 di EastCreek@Canberra di Sembawang. Ini terdiri daripada flat dua bilik flexi hingga lima bilik dan 62 flat 3Gen di Bukit Panjang.



HDB mengumumkan sebelum ini bahawa flat BTO akan juga ditawarkan di bandar matang Bukit Merah pada penjualan Mei.



Namun, projek itu "sedang menjalani kajian lanjut, bagi menggabungkan projek itu dengan lebih baik dengan pembangunan di sekitarnya", kata HDB.



Oleh itu, projek tersebut akan dilancarkan selepas kajian tersebut selesai.



Selain pelancaran jualan BTO, 5,170 flat ditawarkan di bawah Penjualan Flat Baki (SBF) di 14 bandar matang dan 11 bandar belum matang.



Ini terdiri daripada 900 flat dua bilik flexi, 1,070 tiga bilik, 1,942 empat bilik, 1,168 lima bilik, 77 flat 3Gen dan 13 flat eksekutif, yang tidak lagi ditawar dalam projek baru.



Penjualan flat kali ini juga menandakan permulaan keutamaan lebih tinggi bagi keluarga penghuni flat sewa awam yang memohon membeli flat buat kali kedua.



Mereka akan dimasukkan dalam Skim Keutamaan Penyewa, yang memperuntukkan 10 peratus flat dua bilik flexi dan flat tiga bilik bagi keluarga di flat sewa awam, serta pemohon di bawah Skim Pembangunan Semula Terpilih En blok, Pemindahan Semula dan Penempatan Semula.



Dengan pelancaran BTO dan SBF itu, yang ditutup pada Rabu depan (30 Mei), jumlah flat baru yang ditawarkan setakat ini tahun ini ialah 13,110.



Pada pelancaran jualan akan datang pada Ogos, kira-kira 4,810 flat BTO akan ditawarkan di estet belum matang Hougang, Sembawang dan Yishun, dan estet matang Tampines.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >