Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 lelaki didakwa cuba bakar kelab gunakan bom botol

Sep 15, 2016 | 02:13 PM



EMPAT lelaki yang dikatakan cuba membakar sebuah kelab pada awal pagi Selasa (13 Sep) menggunakan bom botol, dikenakaan dakwaan pada Khamis (15 Sep).



Toh Wen Yi dan Bryan Ho Chang Rong, kedua-duanya 26 tahun, serta Eugene Lim Huang Shen dan Cephas Ho Jin An, kedua-duanya 23 tahun, masing-masing menghadapi satu tuduhan melakukan perbuatan nala menggunakan api.



Mereka dituduh bertindak secara bersama dengan seorang lagi lelaki, Daryl Tay Kai Long, 26 tahun, melontarkan empat bom botol di pintu masuk utama sebuah kelab, Bounce, di dalam St James Power Station antara 2.10 pagi dengan 2.26 pagi Selasa.



Empat orang itu direman di Divisyen Polis Central selama seminggu untuk membantu siasatan.



Kes mereka akan disebut lagi Khamis depan (22 Sep).



Serangan ke atas kelab itu dipercayai "satu tindakan balas dendam yang timbul daripada pertikaian lalu antara salah seorang suspek dan kakitangan salah sebuah pusat hiburan di St James Power Station", kata polis.



Dalam satu kenyataan pada Rabu, polis berkata ia menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira 2.25 pagi pada Selasa.



Pegawai polis menemui serpihan kaca botol bir yang dipecahkan dan jelaga berhampiran pintu masuk kelab tersebut.



Hasil siasatan mendapati tiga lelaki menyalakan dan melempar empat botol bir penuh berisi petrol, sebelum melarikan diri.



Tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu.



Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Perisikan Polis dan Divisyen Clementi bekerja sepanjang masa untuk mengenal pasti seorang suspek yang ditahan dalam tempoh 20 jam.



Tiga suspek lagi ditahan kemudiannya pada Selasa dan Rabu.



Hukuman maksimum bagi kesalahan melakukan perbuatan nakal dengan api atau sembarang bahan letupan, dengan pengetahuan ia mungkin menyebabkan kerosakan ke atas harta benda, ialah penjara tujuh tahun dan denda.



Tay, 26 tahun, masih bebas.



Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai di mana dia sekarang boleh menghubungi polis melalui talian hotline di 1800-255-0000 atau dalam talian di http://www.police.gov.sg/iwitness




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >