Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 pekerja Bangladesh dipenjara 24 hingga 60 bulan kerana biaya pengganasan

Jul 12, 2016 | 02:14 PM



EMPAT pekerja Bangladesh yang ditahan pada April di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihukum penjara antara 24 dan 60 bulan setiap seorang kerana membiayai pengganasan.



Mereka ialah Rahman Mizanur, 31 tahun; Miah Rubel, 26 tahun; Md Jabath Kysar Haje Norul Islam Sowdagar, 31 tahun; dan Sohel Hawlader Ismail Hawlader, 29 tahun.



Mereka didakwa sebelum ini mengadakan atau mengumpul wang untuk membiayai kegiatan pengganasan di Bangladesh, dan mengaku bersalah pada 31 Mei lalu.



Pemimpin kumpulan itu, Rahman, dipenjara 60 bulan. Sohel dihukum penjara 24 bulan manakala Miah dan Jabath masing-masing 30 bulan.



Semua hukuman dikebelakangan ke 27 Mei, hari mereka kali pertama muncul di mahkamah.



Meminta hukuman pencegahan, pihak pendakwaan menegaskan mereka menyebabkan keresahan orang ramai dan membiayai salah satu pertubuhan pengganas paling berbahaya di dunia: Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Empat orang itu sebahagian daripada sekumpulan enam orang yang didakwa di bawah Akta Pengganasan (Penyekatan Pembiayaan) (TSOFA) - kali pertama akta itu digunakan bagi pendakwaan.



Dua lagi - Zzaman Daulat, 34 tahun, dan Mamun Leakot Ali, 29 tahun - menafikan tuduhan itu dan meminta dibicarakan.



Dokumen mahkamah menunjukkan orang-orang itu mempunyai peranan jelas. Mereka diketuai oleh Rahman, dengan Mamun sebagai timbalan ketua kumpulan itu.



Miah duduk dalam majlis kewangan kumpulan tersebut, manakala Jabath mengendalikan media.



Zzaman dan Sohel masing-masing dalam majlis keselamatan dan pejuang.



Miah dan Jabath juga dituduh memiliki wang bagi tujuan pengganasan.



Dokumen mahkamah juga menunjukkan Jabath memegang $1,360, termasuk $1,060 yang diserahkan oleh Miah bulan lepas.



Kesemuanya, enam orang itu telah menyumbang jumlah wang sebanyak $60 hingga $500 bagi tujuan itu.



Mereka antara lapan lelaki yang ditahan antara akhir Mac dan awal April lalu. Bekerja dalam industri marin dan binaan, mereka menggelarkan diri mereka sebagai Negara Islam di Bangladesh (ISB).



Kumpulan itu sedang merancang serangan di tanah air mereka dengan niat menggulingkan pemerintah mereka dan menubuhkan sebuah negara Islam di Bangladesh serta meletaknya di bawah khalifah ISIS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >