SERAMAI 40 penghuni Rumah Tumpangan Warga Tua Pertapis mendapat penjelasan lebih terperinci mengenai manfaat yang bakal mereka nikmati menerusi Pakej Generasi Perintis (PGP).
Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob, yang juga menerajui Jawatankuasa Bersama Generasi Perintis (PGJC), telah berkunjung ke rumah tumpangan itu semalam bersama wakil unit maklum balas pemerintah, Reach.