Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

40,000 pekerja pembersihan terima gaji lebih tinggi bermula Julai

Dec 13, 2016 | 05:30 AM



LEBIH 40,000 warga yang bekerja sebagai pekerja pembersihan sepenuh masa bakal menerima pendapatan lebih tinggi bermula Julai tahun depan.



Gaji bulanan asas kumpulan ini akan ditingkatkan - secara bertahap - dalam tempoh enam tahun mendatang; bermula dengan tambahan $60 sebulan bagi 2017 dan 2018; serta $80 sebulan pada 2019.



Selanjutnya, gaji bulanan asas mereka akan dinaikkan 3 peratus setiap tahun dari 2020 hingga 2022. Mereka juga akan mula menerima bonus dua minggu setahun dalam tempoh itu.



Langkah itu menaikkan gaji permulaan pekerja pembersihan - yang tertakluk pada Model Gaji Progresif (PWM) - kepada antara $1,060 dengan $1,260 sebulan.



Pekerja pembersihan sambilan akan menikmati tambahan gaji ini secara prorata, bergantung pada tempoh pekerjaan mereka.



Penyesuaian gaji itu, yang dibentangkan oleh pengerusi Kelompok Tiga Pihak bagi Pekerja Pembersihan (TCC), Encik Zainal Sapari, semalam telah diterima oleh pemerintah.



Dalam kenyataan berasingan yang diterbitkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam, pemerintah berkata ia telah "menimbangkan" dan "menerima" usulan TCC itu.



"Usulan terbaru TCC tentang penyesuaian tahunan bagi PWM... akan dikuatkuasakan bagi semua perniagaan pembersihan berlesen, menerusi Perintah Suruhanjaya Buruh (OCL)," kata kenyataan itu.



Syarikat pembersihan perlu menerapkan penyesuaian gaji itu dalam semua kontrak baru bermula 1 Julai 2017.



Perniagaan yang memiliki kontrak yang berkuat kuasa sebelum tarikh itu diberi tempoh setahun - sehingga 1 Julai 2018 - bagi menerapkan penyesuaian tersebut.



Encik Zainal, yang juga Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), berkata penyesuaian gaji itu dilakukan bagi memastikan gaji yang diterima pekerja pembersihan lebih selaras dengan garis panduan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC).



"Ia (inisiatif ini) lebih sebagai jaring keselamatan bagi melindungi gaji pekerja daripada jatuh di bawah paras yang ditentukan," ujar Encik Zainal yang juga Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol.



Penyesuaian terbaru itu sebahagian usaha TCC memastikan gaji pekerja pembersihan bertambah, selaras dengan keupayaan dan taraf khidmat yang diberikan.



Menurut Encik Zainal, penyesuaian serupa juga bakal diterapkan bagi sektor keselamatan dan landskap - dua lagi bidang kerja yang tertakluk pada PWM - pada masa depan.



Presiden Persatuan Pengurusan Sekitaran Singapura (Emas), Encik Milton Ng, berkata jadual yang diberikan bagi penyesuaian - antara 2017 dengan 2022 - membenarkan anggotanya dan pembeli khidmat merancang dan menyusun bajet dengan lebih baik.



TCC ditubuhkan pada 2012 bagi merintis laluan jelas bagi pekerja pembersihan meraih gaji lebih tingi dan memahirkan diri. Antara 2012 dengan 2015, gaji kasar pekerja pembersihan warga Singapura meningkat 12 peratus setiap tahun kepada $1,200.



Dalam tempoh sama, gaji median asas - atau gaji asas yang diperoleh 50 peratus pekerja pembersihan - meningkat 9 peratus dan adalah sekurang-kurangya $1,100.



Laporan lanjut: Usulan kenaikan gaji dijangka diperluas kepada sektor keselamatan dan landskap




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >