Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4,056 flat baru ditawar dalam BTO pertama 2017

Feb 14, 2017 | 12:39 PM



SEBANYAK 4,056 flat ditawar oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam penjualan Bina Ikut Tempahan (BTO) pertamanya tahun ini.



Ini kumpulan pertama daripada 17,000 flat yang akan dilancarkan tahun ini (2017).



Flat-flat itu terletak di enam projek - dua masing-masing di bandar matang Clementi dan Tampines, serta Punggol.



Ini diumum HBD dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa (14 Feb).



Kumpulan itu terdiri daripada flat flexi dua bilik hingga flat 3Gen.



Dua projek di Punggol dinamaklan Waterway Sunrise II dan Northshore Cove, dengan harga (tidak termasuk geran) bagi flat tiga bilik bermula daripada $163,000.



Harga flat empat dan lima biliknya masing-masing bermula daripada $257,000 dan $383,000.



Sebanyak 1,815 flat baru ditawarkan di dua projek itu.



Tampines GreenBloom dan Tampines GreenFlora, kedua-duanya terletak di Tampines Avenue 8, tidak akan menawarkan flat tiga bilik.



Harga sebuah flat empat bilik di dua projek ini bermula daripada $299,000, manakala harga flat lima bilik daripada $397,000 sebuah.



Dua projek ini menawarkan sejumlah 638 flat.



Di Clementi, Clementi NorthArc dan Clementi Peaks menawarkan 1,603 flat baru.



Harga tiga bilik bili bermula daripada $293,000, sementara flat lima bilik berharga lebih $571,000.



HBD berkata tawaran kali ini menandakan kali pertama keluarga di bawah Skim Perumahan Permulaan Baru, yang dilancarkan pada 1 Dis tahun lepas, dapat memohon flat.



Skim itu bertujuan membantu keluarga pemohon kali kedua yang mempunyai anak kecil dan tinggal di flat sewa,memiliki flat sekali lagi.



Mereka yang layak boleh membeli flat flexi dua bilik.



Proses permohonan bagi BTO bulan ini bermula pada Selasa (14 Feb) dan akan berakhir Isnin depan (Feb 20). Pemohon boleh memohon hanya satu jenis flat dalam satu bandar.



Pelancaran BTO akan datang ialah pada Mei dan akan menawarkan 4,600 flat di Bidadari, Geylang, Woodlands dan Yishun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >