Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

455 kes baru HIV di sini tahun lalu, kebanyakan pesakit dijangkiti melalui seks

HIV
Jun 02, 2016 | 11:52 AM



TERDAPAT 455 kes baru jangkitan HIV yang dilaporkan dalam kalangan warga dan Penduduk Tetap Singapura tahun lepas, umum Kementerian Kesihatan (MOH).



Dalam kebanyakan kes, pesakit mendapat virus itu melalui hubungan seks.



Ini menjadikan jumlah penduduk Singapura yang dijangkiti HIV seramai 7,140 orang pada akhir 2015, dengan 1,816 daripada mereka telah meninggal dunia, tambah MOH dalam kemas kini di laman webnya pada Rabu (1 Jun).



Kadar kes baru HIV kekal mantap, dengan kira-kira 450 kes baru dilaporkan setiap tahun sejak 2008.



Daripada kes baru yang dilaporkan pada 2015, 93 peratus adalah pesakit lelaki, dengan 74 peratus daripada mereka berusia antara 20 hingga 49 tahun.



Kira-kira 40 peratus sudah mengalami HIV peringkat akhir apabila didiagnosis, kurang 9 peratus daripada 49 peratus yang dicatat pada 2014.



Daripada 455 kes baru itu, 440 - atau 97 peratus - dijangkiti virus tersebut melalui hubungan seks.



Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, berkata dalam laman Facebook pada Rabu malam cara paling berkesan mencegah jangkitan HIV "ialah dengan kekal setia pada satu pasangan atau teman dan mengelakkan seks rambang, atau hubungan seks dengan pekerja seks"



"Bagi yang terlibat dalam tingkah laku seksual berisiko tinggi, nasihat Kementerian Kesihatan dan Lembaga Penggalak Kesihatan ialah pergi menjalani ujian HIV awal dan secara tetap. Dengan diagnosis dan rawatan awal, kemunculan AIDS (yang berpunca daripada HIV) boleh ditangguh supaya pesakit dapat menjalani kehidupan aktif dan produktif," kata beliau.



"Lebih penting lagi, rawatan awal juga mengurangkan penyebaran HIV dalam masyarakat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >