Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4,841 flat BTO dilancar di Hougang, Sembawang, Yishun dan Tampines

Aug 17, 2016 | 02:12 PM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) melancarkan penjualan 4,841 flat di bawah Bina Ikut Tempahan (BTO) pada Rabu (17 Ogos).



Flat-flat itu di bawah lima projek - tiga di bandar belum matang Hougang, Sembawang dan Yishun, dan dua di bandar matang Tampines.



Permohonan boleh dibuat dalam talian di InfoWEB HDB (www.hdb.gov.sg/cs/infoweb/hdb-sales-launch) dari Rabu (17 Ogos) hingga 23 Ogos.



Pemohon boleh memohon hanya satu jenis flat dalam satu bandar.



Pelbagai jenis flat, daripada dua bilik Flexi hingga Tiga Generasi (3Gen), ditawarkan.



BTO di Hougang, dinamakan Buangkok Woods, disempadani Buangkok Crescent dan Buangkok Link. Ia mempunyai 711 flat, terdiri daripada 364 flat dua bilik Flexi, 97 tiga bilik dan 250 empat bilik.



Sebuah tajaka akan disediakan dalam pembangunan itu.



Di Sembawang, BTO East Delta @ Canberra disempadani Canberra Way dan Canberra Street, dekat Sungei Simpang Kiri.



Terdapat 570 flat, merangkumi 304 flat empat bilik dan 266 lima bilik.



Sebuah tempat makan, pasar mini, kedai dan tajaka akan disediakan.



BTO di Yishun, Valley Spring @ Yishun, disempadani Yishun Avenue 6 dan Avenue 8.



Terdapat 824 flat, terdiri daripada 416 flat dua bilik Flexi, 100 tiga bilik dan 308 empat bilik.



Sebuah tajaka juga akan dibangunkan di situ.



Di Tampines, kedua-dua BTO - Tampines GreenVerge dan Tampines Greenview - terletak di Tampines Avenue 6.



Dua BTO itu menawarkan 2,736 flat - 356 flat tiga bilik, 1,501 empat bilik, 819 lima bilik dan 60 flat 3Gen.



Ini BTO ketiga yang dilancarkan tahun ini, menjadikan jumlah flat BTO yang ditawarkan tahun ini 12,781 unit kesemuanya.



Di samping itu, 5,170 flat baki ditawarkan Mei lalu, bermakna HDB telah menawarkan sebanyak 17,951 flat tahun ini untuk memenuhi keperluan perumahan rakyat Singapura.



Pada November ini, HDB akan menawarkan kira-kira 5,090 flat BTO di Bedok, Bidadari, Kallang Whampoa dan Punggol.



Kira-kira 5,000 flat baki pula akan ditawarkan dalam Jualan Flat Baki serentak.



Maklumat lanjut mengenai flat yang akan ditawarkan di bawah pelaksanaan BTO November boleh didapati di InfoWEB HDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >