Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 pembunuhan dalam 2 minggu: Polis tegaskan pesalah akan hadapi padah sepenuhnya

Jul 22, 2016 | 10:35 AM



BERIKUTAN beberapa kesbunuh baru-baru ini, Timbalan Pesuruhjaya Polis bagi siasatan dan risikan Tan Chye Hee berkata polis akan berusaha sedaya upaya untuk menjejak pesalah.



Beliau menambah bahawa polis komited untuk menjaga keselamatan Singapura dan pesalah akan "menghadapi padah undang-undang sepenuhnya".



Pada Rabu (20 Jul) malam, mayat Cik Cui Yajie ditemui di kawasan hutan di Lim Chu Kang Lane 8. Polis dibawa ke tempat kejadian mengerikan itu oleh seorang lelaki berusia 48 tahun, Leslie Khoo Kwee Hock, yang didakwa membunuh Cik Cui pada Khamis (21 Julai).



Sejak dua minggu lalu, terdapat empat pembunuhan lain.



Pada Selasa (19 Julai), seorang lelaki berusia 47 tahun, Thennarasu Karupiah, didakwa membunuh Encik Arokiasamy Paul Rajoo, 55 tahun, di sebuah pub di Boat Quay pada 13 Julai.



Thennarasu didakwa melakukan jenayah itu pada kira-kira 5 pagi di Taj Mahal Bollywood Music Lounge.



Encik Arokiasamy dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedar. Beliau meninggal dunia tiga hari kemudian. ditahan pada Isnin (18 Julai).



Pada Isnin minggu lalu (11 Julai), seorang lelaki berusia 42 tahun, Encik Chua Meng Guan, meninggal dunia selepas ditikam di luar sebuah pub di Jalan Besar. Sebelum itu, Encik Chua mencabar penyerangnya asupaya bertumbuk dengan beliau, menurut para saksi.



Beliau kemudian ditemui terbaring berlumuran darah di dada, dengan bekas tikaman pisau.



Pada 9 Julai, seorang lelaki berusia 52 tahun ditemui tidak bergerak di atas jalan raya di Geylang Lorong 23. Beliau disahkan meninggal dunia oleh paramedik pada 8.11 pagi.



Pembantu di sebuah gerai makanan itu luka dari telinga kiri hingga atas kepala. Sebatang kayu dan pisau berlumuran darah ditemui di tempat kejadian. Seorang lelaki berusia 64 tahun ditahan berhubung kes itu.



Juga pada 9 Julai, Encik Shawn Ignatius Rodrigues, 26 tahun, bekas pelajar Republic Polytechnic ditemui mati di luar sebuah flat di Blok 279 Yishun.



Suspek, 20 tahun, didakwa mengikat pergelangan tangan dan kaki Encik Rodrigues sebelum memukul beliau di tangga di tingkat enam.



Beliau disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian. Suspek ditahan. Mangsa mengenali penyerangnya, yang pergi ke gereja yang sama sepertinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >