Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

50 anggota SCDF dikerah lawan api di Sungei Kadut, 7 diselamatkan

Nov 02, 2016 | 08:58 AM



SATU kebakaran berlaku di sebuah gudang tiga tingkat  di Sungei Kadut awal pagi Rabu (2 Nov).



Seramai tujuh orang yang terperangkap dalam sebuah blok pejabat - tiga di bumbung dan empat di balkoni tingkat tiga - bersebelahan gudang itu diselamatkan, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Dalam pos di laman Facebook pada 6.04 pagi, SCDF berkata ia dimaklumkan mengenai kebakaran di 65 Sungei Kadut Loop.



"Anggota bomba sudah di tempat kejadian melawan api dengan jet air," kata pos Facebook itu.



Dalam post kedua pada 7.19 pagi, SCDF berkata anggota bomba yang telah mengeliling gudang tiga tingkat itu dengan tujuh jet air dan mengehadkan api di bangunan itu, yang seluas 100m kali 50m.



Empat kereta bomba, dua Red Rhino, tujuh kenderaan sokongan, sebuah ambulans dan 50 anggota bomba dikerahkan.



Ia juga berkongsi gambar kebakaran itu sambil berkata api telah "melanda seluruh bangunan itu".



Sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Lai Chee Sing menunjukkan api marak dari bahagian atas bangunan tersebut.



Seorang lagi pengguna Facebook, Saiad Salahuddin, mendakwa satu "letupan" kedengaran.



Beberapa pengguna juga memuat naik gambar kebaran itu di Twitter. Pengguna @horn8ge menulis: "oh wow kebakaran besar di Sungei Kadut!!!"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >