Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

50 kes tingkap jatuh tahun ini, tertinggi dalam 5 tahun

Dec 13, 2017 | 05:30 AM



SEBANYAK 50 kes tingkap jatuh dilapor tahun ini - jumlah tertinggi dalam tempoh lima tahun.



Jumlah kes tingkap jatuh mencecah 71 kes pada 2012 dan selepas itu tidak pernah melebihi 46 kes sehingga tahun ini.



Antara Januari dengan November lalu, 25 tingkap gelangsar dan 24 tingkap berbingkai jatuh.



Satu lagi kes tingkap jatuh dalam tempoh itu ialah jenis tingkap lain, menurut kenyataan bersama Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam.



Kebanyakan tingkap gelangsar yang jatuh disebabkan kekurangan aspek penahan keselamatan ('safety stopper' dan 'angle strip') baik.



Akibatnya, panel tingkap boleh terkeluar dan jatuh apabila pemilik rumah cuba membuka atau menutup tingkap.



Bagi tingkap berbingkai, kebanyakan yang jatuh didapati mempunyai rivet atau pasak aluminium berkarat. Ini menjejas kekuatan dan fungsi rivet itu sehingga tidak dapat memperkukuh panel tingkap pada bingkai.



Pengarah di bawah Kumpulan Fungsi Khas BCA, Encik Lim Beng Kwee, berkata tingkap yang jatuh membahayakan orang awam.



"Kita harus memainkan peranan masing-masing untuk menghapuskan risiko ini.



"Semua pemilik dan penyewa rumah harus menyenggara tingkap mereka sekurang-kurangnya enam bulan sekali," ujarnya.



Sejak 2004, semua rivet aluminium bagi tingkap berbingkai harus digantikan dengan rivet keluli tahan karat.



Pemilik rumah juga harus memeriksa jika rivet tingkap mereka dan kancingnya tidak berkarat atau longgar, serta membersihkan dan membubuh pelincir pada sambungan atau bahagian tingkap yang boleh bergerak.



Meskipun sudah dipasang rivet keluli tahan karat, tingkap tetap harus kerap disenggara.



Pemilik rumah yang gagal menggantikan semua rivet aluminium dengan rivet keluli tahan karat boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga $5,000.



Sekiranya tingkap jatuh kerana ia tidak disenggara, pemilik rumah boleh dipenjara hingga setahun dan dikenakan denda sehingga $10,000.



Sejak 2006, seramai 326 orang didenda manakala 86 lagi didakwa dek tingkap yang jatuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >