Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

500 isi rumah berpendapatan rendah, pertengahan Toa Payoh East terima baucar tangani inflasi

Sep 26, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 500 isi rumah berpendapatan rendah hingga pertengahan rendah di Toa Payoh East akan mendapat baucar hingga $100 untuk membantu mereka menangani kenaikan kos sara hidup di samping langkah dan bantuan pemerintah yang sedia ada.



Mereka boleh menggunakan baucar itu semasa membeli makanan dan barang keperluan harian serta untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu seperti gunting rambut di kedai dan gerai penjaja tertentu di Pasar dan Pusat Makanan Kim Keat Palm serta Pasar dan Pusat Makanan Toa Payoh Lorong 8 yang mempamerkan pelekat Program Bantuan Kos Sara Hidup (Clap) Toa Payoh East.



Dilancarkan Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, di Blok 20 Lorong 7 Toa Payoh semalam, Clap melibatkan kerjasama tiga pihak - pekedai, penduduk dan Dana Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat (CDWF) Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Toa Payoh East.



Selain membantu penduduk di kawasan itu dengan perbelanjaan harian mereka, Encik Saktiandi berkata Clap juga bertujuan merangsang serta menyokong kedai di kejiranan tersebut yang menyertai usaha ini.



"Inisiatif ini didorong oleh kenaikan inflasi dan kesan pada keluarga dalam tempoh ini.



"Saya telah berbincang dengan (pemimpin) akar umbi kami dan pekedai, dan kami fikir adalah terbaik jika kami dapat bekerjasama untuk membantu mengurangkan kesan inflasi yang meningkat dengan semangat 'kampung' yang kami ada di Toa Payoh East ini," ujar beliau.



Tambahnya, Clap juga merupakan sebahagian daripada program bantuan sosial yang ada di Toa Payoh East, yang dinamakan Mango.



Mango dibentuk daripada program bantuan sosial dalam lima teras termasuk Makanan, Bantuan, Keperluan, Barang Dapur dan Peluang.



Antara pekedai yang menyertai Clap ialah Encik Ramli Ibrahim yang berniaga di gerai Oiishii Corner, yang menyediakan sajian halal Jepun di Blok 22, Toa Payoh Lorong 7.



Menurut Encik Ramli, 59 tahun, yang telah berniaga di pusat penjaja itu sejak sekitar enam tahun lalu, beliau terdorong menyertai Clap kerana ingin menyumbang semula kepada masyarakat yang telah menyokongnya selama ini.



"Selama saya berniaga di sini, masyarakat di sini telah banyak menyokong saya apabila mereka melanggani gerai saya.



"Jadi dengan keadaan inflasi yang meningkat sekarang dan waktu yang sukar ini, apa salahnya saya menyumbang untuk menyokong mereka pula seberapa yang saya boleh," ujarnya.



"Inisiatif ini didorong oleh kenaikan inflasi dan kesan pada keluarga dalam tempoh ini.



Saya telah berbincang dengan (pemimpin) akar umbi kami dan pekedai, dan kami fikir adalah terbaik jika kami dapat bekerjasama untuk membantu mengurangkan kesan inflasi yang meningkat dengan semangat 'kampung' yang kami ada di Toa Payoh East ini."



- Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >