BUKAN sekadar bimbingan biasa.
Seramai 500 pelajar baru Institut Pendidikan Teknikal (ITE) daripada tiga kampus - Timur, Barat dan Central - bakal menerima bimbingan pendidikan serta khidmat pementoran daripada pembimbing yang akan bersama mereka sepanjang tahun pertama mereka di ITE.