Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

55 orang disiasat bagi penipuan dalam talian lebih $230,000: Polis

Jul 29, 2016 | 02:37 PM



SERAMAI 55 orang sedang membantu dalam siasatan polis melibatkan lebih 150 penipuan dalam talian dengan transaksi melebihi $230,000, hasil operasi tiga hari antara 25 dan 27 Julai.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat (29 Julai), polis berkata 55 orang itu - 27 lelaki dan 28 wanita - berumur antara 17 dan 72 tahun.

Kebanyakan suspek dipercayai menyamar sebagai penjual dalam talian dan tidak menghantar produk kepada pembeli selepas menerima pembayaran.

Produk termasuk tiket masuk ke tempat tarikan tempatan, baucar, telefon bimbit dan tempahan bilik hotel.

Yang lain dipercayai bertindak sebagai 'keldai wang', yang menerima dan memindahkan wang haram bagi pihak sindiket jenayah.

Suspek disiasat kerana kesalahan menipu, yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, atau kesalahan pengubahan wang di bawah Akta Rasuah, Dadah dan Jenayah Berat Lain (Perampasan Faedah), yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda hingga $500,000.

Polis memandang serius terhadap sesiapa yang terlibat dalam penipuan, baik secara sedar atau tidak, kata kenyataan itu.

Sesiapa yang didapati terlibat dalam penipuan itu akan tertakluk pada siasatan polis.

Polis juga bekerjasama rapat dengan bank dan akan membekukan sembarang akaun bank yang didapati digunakan untuk menerima wang daripada sumber haram bagi tujuan siasatan.

Suspek tidak akan dapat menggunakan akaun bank mereka bagi sembarang urus niaga sementara siasatan dijalankan.

Menurut polis, jumlah kes penipuan melibatkan e-dagang meningkat daripada 1,665 kes pada 2014 kepada 2,173 kes pada 2015.

Polis menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah berikut apabila membuat sembarang urus niaga dalam talian:

- Ingat bahawa pihak yang anda berurusan dalam talian adalah orang asing. Sebelum anda melakukan transaksi, ketahui dulu bagaimana laman web dalam talian itu melindungi kepentingan anda atau boleh membantu anda menyelesaikan pertikaian

- Bayar hanya apabila penghantaran dibuat atau gunakan platform pembayaran yang mempunyai dasar bayaran balik, jika bayaran pendahuluan diperlukan

- Tolak permintaan oleh orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian telefon bimbit anda, memandangkan anda bertanggungjawab bagi transaksi yang mereka lakukan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >