Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6% pelajar IP tercicir daripada program

Feb 04, 2016 | 10:17 AM



SEKITAR 6 peratus, atau 240 orang, pelajar keluar daripada Program Bersepadu (IP) sebelum menamatkan program enam tahun itu.


Mereka beralih ke trek GCE peringkat O atau berpindah ke maktab rendah (JC) lain, politeknik dan institusi swasta.


Dalam respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times, Kementerian Pendidikan (MOE) telah mendedahkan bahawa kira-kira 6 peratus pelajar meninggalkan IP sebelum tamat pengajian.


MOE berdasarkan angka itu pada kohort kira-kira 3,000 pelajar yang memasuki sekolah IP pada 2008 dan menamatkan pengajian pada 2013.


Ia juga menunjukkan bahawa dalam kalangan pelajar yang menamatkan program yang membawa kepada peperiksaan GCE peringkat A atau International Baccalaureate (IB) itu, kurang 5 peratus gagal melayakkan diri ke universiti tempatan.


MOE enggan memberi angka lebih terperinci. Namun, menyatukan dua angka itu, antara 200 dan 300 pelajar daripada kumpulan 2008 gagal berkembang maju dalam IP itu.


MOE menjelaskan bahawa IP mungkin bukan laluan terbaik bagi semua orang.


"Mungkin ada sebilangan kecil yang mungkin mendapati ia bukan yang paling sesuai dengan kekuatan dan gaya belajar mereka," katanya.


IP bermula pada 2004 di lapan sekolah, termasuk Raffles Institution (RI), Hwa Chong Institution dan Sekolah Perempuan Raffles (RGS). Ia disasarkan terhadap pelajar 10 peratus terbaik, yang jelas akan memasuki universiti.


Pelajar IP tidak menduduki peperiksaan GCE O dan terus menduduki GCE A atau IB selepas enam tahun.


Ini bertujuan menyediakan pendidikan menengah dan JC tanpa lapisan, memberi pelajar ruang untuk membangunkan rasa ingin tahu intelektual dan bakat lain.


Pada masa ini, 18 sekolah menawarkan IP, walaupun yang menjalankan program itu kemudian turut menawarkan trek GCE O empat tahun dan membenarkan pelajar berpindah trek.


Menyedari tidak semua pelajar berkembang maju dalam IP, sekolah terkemuka, seperti RI, Hwa Chong Institution dan High Nanyang Girls mula menjalankan juga kelas GCE O bagi pelajar yang gagal mengikuti IP.


Pelajar ketinggalan dikenal pasti pada akhir menengah dua dan dinasihatkan memasuki kelas GCE O.


Beberapa pelajar yang mencapai keputusan cukup baik dibenarkan masuk semula program itu. Jika tidak, mereka berpindah ke politeknik atau JC lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >