ENAM pemimpin Gereja City Harvest (CHC) yang didapati bersalah atas penipuan jutaan dolar hadir di mahkamah semalam bagi mengemukakan rayuan mereka.
Peguam bela kanan, Encik Kenneth Tan, mewakili bekas anggota jawatankuasa kewangan CHC, John Lam, 48 tahun, adalah yang pertama dalam enam pihak itu mengemukakan kesnya semalam.