Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6 perkara tentang SM Tharman yang bakal tanding jawatan presiden

Jun 09, 2023 | 03:13 PM



Berikut enam perkara menarik tentang Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang bakal berundur daripada politik selepas 22 tahun untuk bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang.


1. ‘Antara pemikir ekonomi terbaik’

Sebelum menceburi bidang politik, Encik Tharman memulakan kerjayanya di Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada 1982 sebagai ahli ekonomi. Beliau kemudian diserap ke dalam perkhidmatan pentadbiran di Kementerian Pendidikan pada 1995, tetapi menyertai MAS semula pada 1997. Beliau dilantik pengarah urusan MAS pada 2001.

Semasa di MAS, beliau juga menjadi ahli jawatankuasa yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Encik Lee Hsien Loong, untuk mengkaji semula sektor perkhidmatan kewangan.

Beliau digambarkan sebagai pakar kewangan negara selepas sekitar sembilan tahun sebagai menteri kewangan dan mereka yang bekerja dengannya menggelarnya “antara pemikir ekonomi terbaik di Singapura”.

2. Sertai politik untuk cari jawapan baru kepada masalah Singapura

Pada 2001, beliau disertakan ke dalam GRC Jurong yang baru dibentuk, dan pasukannya menang dengan 79.75 peratus undi, memulakan kerjaya politiknya.

Ditanya mengapa beliau menceburi politik, Encik Tharman berkata beliau ingin membantu mencari huraian kepada cabaran baru yang dihadapi Singapura yang memerlukan bukan sekadar melaraskan dasar dan melaksanakannya dengan cekap, tetapi juga secara asasnya mempersoalkan pelbagai perkara yang sedang dilakukan.

Beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dan Kewangan, dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2011. Beliau juga dilantik sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial dan Ekonomi pada 2015, dan Menteri Kanan pada 2019.

3. Pembuat kacau, ahli sukan & penyair

Sebagai pelajar di Sekolah Anglo-Chinese (ACS), Encik Tharman duduk di barisan paling belakang dalam kelas, bergaul dengan pelajar yang membuat kacau dan pelajar tercicir, dan seronok menyakitkan hati guru-gurunya.

Beliau menumpukan tenaganya kepada sukan – hoki, bola sepak, kriket, atletik, bola tampar, sepak takraw dan ragbi – dan berlatih hampir setiap hari.

Beliau juga seorang yang gemar membaca dan berkecimpung dalam puisi, menulis empat puisi untuk koleksi pada 1978 bersama rakan-rakan sekolahnya di ACS.

4. Tidak selalu bersetuju dengan PAP; bercanggah dengan peraturan

Semasa menuntut di universiti di London, beliau menjadi aktivis pelajar, menghadiri mesyuarat dan perbahasan.

Tidak selesa dengan politik Parti Tindakan Rakyat (PAP) ketika itu, beliau menyelami sudut pandangan sayap kiri, berkawan dengan aktivis pelajar dan meneroka model politik dan ekonomi “alternatif”.

Pasportnya telah disita sekembalinya ke Singapura pada 1982, dan beliau telah dibawa untuk disoal siasat oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).

Kemudian, semasa beliau menjadi pengarah jabatan ekonomi MAS, beliau menghadapi masalah dengan undang-undang kerana membawa laporan yang mengandungi anggaran kilat pertumbuhan ekonomi negara ke dalam pertemuan dengan pakar ekonomi sektor swasta.

Selepas perbicaraan yang panjang pada 1994, beliau didenda $1,500 kerana membahayakan kerahsiaan dokumen yang sulit.

5. Antara ahli politik paling popular

Sebagai menteri utama di GRC Jurong, pasukan lima orangnya memperoleh bahagian undi tertinggi buat PAP pada Pilihan Raya Umum 2015, dengan 79.29 peratus undi.

Spekulasi mengenai Encik Tharman menjadi perdana menteri seterusnya sering timbul.

Pada 2016, 69 peratus daripada mereka yang menjawab tinjauan pendapat berkata mereka akan menyokongnya sebagai perdana menteri Singapura yang seterusnya.

6. Berpengaruh di peringkat antarabangsa

Pada 2019, Encik Tharman dilaporkan oleh media antarabangsa sebagai berada dalam senarai pendek untuk menjadi ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) seterusnya.

Sepanjang kerjaya perkhidmatan awamnya, beliau mengetuai beberapa majlis antarabangsa mengenai pembaharuan ekonomi dan kewangan.

Antara lain, beliau menjadi orang Asia pertama yang mengetuai Jawatankuasa Monetari dan Kewangan Antarabangsa, jawatankuasa penasihat dasar IMF, pada 2011.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >