ENAM kakitangan SMRT bakal dikenakan tindakan disiplin, sementara tujuh pengurus daripada jabatan penyenggaraan akan disiasat lebih lanjut.
Ini selepas SMRT menyelesaikan siasatan ke atas penyenggaraan Sistem Pengeluaran Air Bishan, menyusuli kebanjiran di terowong MRT bulan lalu, kata pengendali kereta api itu semalam.