SEBUAH rumah teres tiga tingkat di Geylang dihuni lebih 60 orang - memaksa seorang jiran menimbulkan kebimbangannya mengenai keselamatan kebakaran.
Seorang jiran yang tinggal di belakang rumah teres berkenaan yang mahu dikenali sebagai Encik Wang, 40 tahun, berkata beliau nampak 42 kompresor alat hawa dingin dipasang di rumah tersebut sekitar setahun lalu.