LEBIH 600 pekerjaan kosong seperti jurutera mekanikal dan jurutera proses ditawarkan dalam Pameran Pekerjaan Adapt and Grow bagi menyokong permintaan pekerjaan yang diperlukan setelah pelancaran Peta Perubahan Industri (ITM) Elektronik.
Pelancaran ITM elektronik minggu lalu dijangka mewujudkan 2,100 pekerjaan baru bagi jawatan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) menjelang 2020.