Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

62 basikal diimpaun LTA kerana diletak secara sembarangan

Jan 23, 2018 | 04:34 PM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) mengimpaun 62 basikal daripada syarikat pengendali perkongsian basikal yang diletak sembarangan dalam satu operasi selama seminggu bulan ini.



Dalam satu pos Facebook hari ini, LTA menyatakan basikal tersebut milik tiga pengendali - oBike, Mobike dan ofo.



Operasi penguatkuasaan itu dilaksanakan antara 15 dengan 21 Januari di kawasan Yuan Ching Road, Alexandra, Woodlands Centre Road dan Dunearn Road, lapor akhbar The Straits Times.



Sebanyak 24 basikal dimiliki oBike, 22 daripada ofo dan 16 daripada Mobike.



"Basikal ini didapati menyebabkan halangan atau menghalang laluan jalan kaki," kata LTA.



Notis pengalihan dikeluarkan bagi sejumlah 292 basikal yang ditemui di laluan pejalan kaki dan 62 basikal yang diimpaun itu tidak dialihkan dalam masa tempoh setengah hari.



Pengendali perkongsian basikal boleh dikenakan denda sehingga $500 bagi setiap basikal yang diletakkan sembarangan, ujar LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >