Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

62,000 kamera polis siap dipasang di 10,000 blok, tempat letak kereta bertingkat HDB

Jul 11, 2016 | 03:24 PM



PEMASANGAN lebih 62,000 kamera polis di blok HDB dan kawasan letak kereta bertingkat (MSCP) telah selesai, umum polis dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad (10 Julai).



Semua 10,000 blok dan kawasan letak kereta di bawah inisiatif PolCam 1.0, yang dilancar pada April 2012, kini dilengkapi kamera, yang polis dapati terbukti berkesan dalam membantu menghalang dan menyelesaikan kes jenayah.



"Sehingga Mei 2016, 2,300 rakaman video dari kamera menyediakan petunjuk berguna yang membantu polis menyelesaikan lebih 1,100 kes," kata kenyataan itu.



"Kes-kes itu termasuk pinjaman wang tanpa lesen, kecurian dan mencabul kehormatan."



Polis berkata ia akan terus memasang kamera di blok Bina Ikut Tempahan (BTO) dan MSCP baru HDB.



Satu inisiatif baru, PolCam 2.0, juga telah diperkenal bagi memperluas pemasangan kamera ke kawasan awam di pusat bandar, pusat kejiranan, pusat penjaja dan laluan penghubung yang membawa ke titik tumpuan pengangkutan seperti stesen MRT dan pusat tukaran bas.



Kamera pertama di bawah PolCam 2.0 dipasang di Pusat bandar Ang Mo Kio Town, Pusat Bandar Bedok dan Jurong Gateway bulan lalu.



Kira-kira 11,000 lagi kamera akan dipasang secara beransur-ansur sepanjang beberapa tahun di 2,500 lokasi di seluruh pulau.



Timbalan Pesuruhjaya Polis (Operasi) Lau Peet Meng berkata: "Peluasan kamera polis ke kawasan awam lain di kejiranan dan bandar pusat akan terus memperkukuh keupayaan polis menghalang, mengesan dan menyelesaikan jenayah.



"Kami akan terus memanfaatkan teknologi sebagai sebahagian daripada strategi memerangi jenayah dan memerangi pengganasan kami bagi memastikan kediaman selamat dan terjamin untuk semua."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >