7-Eleven di Cineleisure dilarang jual produk tembakau, lesen empat kedai digantung

KEDAI 7-Eleven di Cineleisure Orchard tidak lagi dibenarkan menjual produk tembakau.

Lesennya dibatalkan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) selepas seorang pekerja didapati menjual produk tembakau kepada remaja di bawah umur 18 tahun - kali kedua ini berlaku di kedai itu.

Pada 2011, lesen kedai tersebut digantung enam bulan bagi kesalahan sama.

HSA menyatakan dalam satu kenyataan pada Isnin (28 Sep) bahawa pekerja itu ditangkap semasa ia menjalankan pengawasan dan penguatkuasaan di lapangan.

Lesen empat lagi peruncit - Hwa Soon Heng Mini-Supermarket, Tastebud Foodcourt, J Plus Sepuluh Mini Mart dan Nice Minimart - digantung enam bulan kerana melakukan kesalahan itu buat kali pertama.

HSA menggalak orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjualan haram produk tembakau kepada remaja di bawah umur 18 tahun supaya menelefon Cawangan Peraturan Tembakau, 6684-2036 atau 6684-2037, pada waktu pejabat.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.